}

Saturday, October 20, 2012

Luahan Isi Hati

Kepada hamba Allah yang istimewa,

kadang-kadang aku rasa nak gelak pun ada,nak nangis pun ada  bila dikenang balik persahabatan kita..Lama kita berkawan,ada masa kita sangat rapat,ada masa kita renggang gila..Maybe sekarang ni waktu renggang lah kot..Aku tulis kat sini cuma nak luah isi hati je bukan nak kutuk,bukan nak hina..tolong jangan salah anggap ok?

Sejak kau jumpa 'dia',ye aku mengaku aku jauhkan diri dari engkau sebab aku menyampah,aku penat dengar kau cerita pasal dia jer..macam takde orang lain kat dunia ni..So,aku agak kau sedar lah kot yang aku tak tahan..kau cari kawan lain yang sama angau dengan kau,kau rapat dengan dia,berkepit je sepanjang masa,sampai aku rasa left out..So,aku cari kawan lain untuk isi kekosongan hati ni..Memanglah aku tak boleh salahkan kau terus,memang salah aku tapi aku sedih lah juga kau pergi keluar hangout semua dengan dia,tak ajak aku..selama kita kawan,aku mesti ajak kau kalau nak keluar mana-mana..takpe,aku faham..dia lagi faham kau sekarang kan?Satu lagi,aku sangat terasa bila orang tanya kau duduk dengan siapa tahun depan,dan kau kata kau nak duduk dengan dia..Aku tak kisah lah,maybe kau dah bosan duduk dengan aku,tapi lepas tu bila ditanya aku macam mana?kau jawab "biar je lah dia.." Aku sangat sakit hati..macam aku ni tak ada makna untuk kau kan?

Sejujurnya,aku salahkan diri sendiri jugak lah..kenapa aku tak boleh stay je?Kau dengar jugak waktu aku angau dengan dia dulu kan?Maybe sebab aku cemburu kot,yelah aku bosan,aku sunyi,aku depressed,ada banyak masalah aku sendiri tapi aku tak boleh cerita dekat kau sebab kalau aku cerita,macam mana pun topik tu akan beralih ke arah dia balik.. kadang-kadang bila aku dah tak tahan,aku panggil kawan kau tu hipokrit,aku salah panggil dia macam tu..ye,memang ada sikit hipokrit tu tapi aku rasa aku pun sama hipokrit,so apa jadi pun aku nak minta maaf.

Kesimpulannya,aku cuma nak cakap yang aku minta maaf kalau aku tak jadi kawan yang cukup baik untuk kau..Sesungguhnya kau dah jadi kawan yang cukup baik untuk aku dalam tahun-tahun sebelum ni.Aku cuma berharap persahabatan kita tak akan terlerai macam tu sahaja..So,aku harap kau bahagia dengan kawan baik baru kau tu dan jangan kecil hati dengan aku..Ini bukan hinaan,ini cuma luahan isi hati aku .


Yang benar,
Hamba Allah yang lemah

No comments:

Post a Comment